Tuesday, May 18, 2010

Kempen Kesedaran Prostat (Prostat Awareness Campaign)

Kempen Kesedaran Prostat (Prostate Awareness Campaign) ini diadakan dengan harapan untuk memberi input serta maklumat mengenai penyakit yang berkaitan dengan kalenjar prostat serta penekanan terhadap rakyat Malaysia terutama golongan lelaki yang sudah berusia untuk datang menjalani ujian prostat kerana mereka merupakan golongan yang lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan prostat ini.

Penyampaian maklumat mengenai kanser prostat yang merupakan salah satu kanser yang selalu dihidapi oleh lelaki berusia adalah dirasakan perlu supaya langkah awal dapat diambil kerana peluang untuk pulih adalah lebih tinggi jika penyakit kanser ini dapat dikesan lebih awal.

Kempen kesedaran prostat yang akan berlangsung selama dua hari pada tahun ini juga akan dilaksanakan dengan mengadakan satu larian kesedaran yang dinamakan “Prostate Cancer Awareness Run” di sekitar Pusat Perubatan UKM dengan harapan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat demi menyampaikan mesej kesedaran prostat ini. Selain itu pameran kesihatan oleh pelajar-pelajar perubatan UKM, pemeriksaan serta ujian prostat juga akan diadakan secara percuma di Lobi Utama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dengan bertemakan ‘Lelaki Sihat Teras Keluarga Bahagia’, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan lelaki memberi perhatian terhadap kesihatan prostat mereka agar tidak diselubungi dengan masalah yang boleh menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan ayah. Ini kerana orang lelaki terutamanya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai perasaan malu serta tidak mahu menjalankan ujian prostat ini secara sukarela. Ini mungkin kerana faktor-faktor luaran seperti budaya atau sifat lelaki itu sendiri yang mengambil remeh akan sesuatu hal menyebabkan mereka tidak ingin menjalankan ujian prostat. Oleh itu diharapkan dengan adanya program “Prostate Awareness Campaign” ini, golongan lelaki akan lebih faham tentang penyakit prostat dan datang untuk menjalani ujian saringan barah kalenjar prostat.


Aktiviti-aktiviti Kempen Kesedaran Prostat (Prostat Awareness Campaign):

18 Jun 2010 (Jumaat):
Lokasi: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM
Masa: 8.00am -5.00pm

Aktiviti-aktiviti:

a. Gerai Klinikal: pemeriksaan kesihatan yang asas seperti tekanan darah, kandungan gula dan lemak dalam badan dan sebagainya akan ditawarkan kepada orang ramai, dengan nasihat-nasihat untuk menjaga kesihatan badan.

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Pemeriksaan Prostat Percuma: sasaran utama pemeriksaan prostat ini adalah golongan yang sudah berusia dan dijalankan oleh golongan profesionalisme yang berkenaan.

20 Jun 2010 (Ahad):
Lokasi: Tempat letak kereta Pusat Perubatan UKM
Masa: 6.30am - 12.00pm

Aktiviti-aktiviti:

a. Larian "Kanser Prostat":
Lokasi: Tempat Letak Kereta PPUKM
Jarak: 5km, 7km
Yuran Penyertaan: RM20.00
Kemeja-T PERCUMA
Sijil Penyertaan dan hadiah lumayan disediakan

b. Pameran Kesihatan: pelajar-pelajar perubatan akan menjelaskan isu-isu kesihatan yang terkini kepada orang ramai, terutamanya isu prostat.

c. Karnival Jualan

Informasi-informasi tentang Larian "Kanser Prostat" :

Penyertaan:
  • Terbuka kepada warga Malaysia sahaja yang bukan pelari professional.
  • Nombor Peserta akan disediakan dan wajib dipakai semasa larian. Sila mengambil Nombor Peserta pada hari Jumaat (18hb Jun 2010).Pelan larian juga akan diberi pada hari larian.
Pembayaran dan pendaftaran dibuat:

a. 10 hb Jun – 17hb Jun 2010Lokasi: Unit Kewangan Tingkat 1, Blok Pendidikan
Masa: 8.00am – 4.30pm

i. Resit bayaran akan diberikan kepada peserta beserta kupon penuntutan kemeja-T dan nombor.
1. Nombor yang tercatat pada kupon haruslah ditaipkan dalam salinan resit yang akan diserahkan kepada Exco Program ‘Prostate Awareness Campaign’
ii. Peserta menyimpan resit dan kupon untuk tujuan tuntutan kemeja-T dan nombor pada 8hb-19hb Jun 2010.

b. 18hb – 19hb Jun 2010
Lokasi: Lobi Auditorium PPUKM
Masa: 8.00 am – 4.30pm

i. Resit bayaran akan diberikan kepada peserta yang datang secara ‘walk-in’
ii. Bagi yang telah mendaftar lebih awal, peserta harus diminta untuk mengajukan resit bayaran berserta kupon penuntutan kemeja-T dan nombor
1. Kerja susulan pemberian baju kemeja-T dan nombor akan dilakukan oleh AJK khas program ‘PAC’

c. 20hb Jun 2010
i. Kaunter pembayaran di Tempat Letak Kenderaan Kakitangan PPUKM.
ii. Nombor akan diberikan
iii. Kemeja-T akan diberikan selagi stok masih ada.


Lapor diri:.Pada hari larian, semua peserta dikehendaki melaporkan diri bermula jam 6.15am hingga 7am di Kaunter Kehadiran.

Aspek Keselamatan:
  • Semua peserta dikehendaki berlari mengikut laluan/trek yang ditetapkan kecuali dengan arahan daripada pegawai bertugas.
  • Sebarang kenderaan TIDAK dibenarkan mengiring peserta KECUALI Ambulan/"Runner".
  • Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihati menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh larian dan berada dalam keadaan yang sihat semasa pertandingan.




Borang Penyertaan Larian "Kanser Prostat" boleh didapat dari:
a. muat-turun daripada:
RapidShare - http://rapidshare.com/files/397879687/Borang_Penyertaan_Larian_Kanser_Prostat.pdf.html
Hotfile - http://hotfile.com/dl/47112708/08617d5/FormlarianPAC.pdf.html


b. Kaunter khidmat Pelanggan di Lobi Utama PPUKM
c. Kaunter khidmat Pelanggan di Lobi Pelawat PPUKM
d. Kaunter Pengawal di Blok Pendidikan PPUKM